Sabtu, 28 Mac 2009

Free heart

India lagi bail Msia

http://mail.google.com/mail/?ui=1&view=att&th=1203bffcff72df5c&attid=0.1&disp=inline&realattid=0.1&zw

Selasa, 17 Mac 2009

UMNO isu KTM

Penjelasan Mengenai Isu Rizab KTM

PENJELASAN SAYA DALAM KES RIZAB KERETAPI

oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Setiausaha Politik MB Kedah

sebahagian penduduk menunjukkan notis pindah bersama Dr. Leong (empat dari kanan)
dan Tajuddin (tiga dari kanan) di Taman Sri Jerai, Gurun semalam.

Kalau di amati dalam gambar ni ada Ketua UMNO Bhg Sik, Tajuddin Abdullah, Ketua UMNO Jerai, , Ketua UMNO Merbok Tajul urus dan ADUN Gurun, Dr Leong . Dalam pertemuan yang dibuat di Dewan UMNO Pekan Gurun, penduduk terlibat di panggil oleh Dr Leong untuk satu taklimat, yang mendakwa akan turut dihadiri oleh Dato’ Seri MB (Satu penipuan untuk menarik penduduk keluar). Saya dimaklumkan oleh wakil yang kami hantar meninjau pertemuan itu, tidak ada taklimat tentang projek landasan berkembar. Para pemimpin UMNO ini hanya menyerang dan memfitnah kerajaan negeri dalam projek –prjek lain. Antaranya Dato Tajul Urus Ketua UMNO Merbok mendakwa dalam pemerintahan PR, PAS telah meletakkan syarat menjadi ahli PAS untuk mendapat rumah PPRT di Bedong, sedangkan PPRT dibawah kendalian KEDA dan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri tiada akses sama sekali dalam hal PPRT.

Dr Leong pula mendakwa kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dalam isu perpindahan penduduk dari tanah rezab KTMB, padahal, projek landasan berkembar adalah projek kerajaan pusat. KTMB adalah milik kerajaan persekutuan. Pihak berkuasa negeri hanya terlibat menguruskan Pengambilan Balik Tanah selaras dengan kehendak Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, yang berkaitan dengan tanah-tanah bermilik.

Dalam isu penduduk yang terlibat dengan projek landaan berkembar, kerajaan melalui mesyuarat EXCO 2 minggu lepas telah memutuskan bahawa KTMB mesti membayar 30% daripada nilai bangunan mengikut nilaian semasa bangunan milik penduduk sebagai Ex-gratia (saguhati) yang dibenarkan oleh APBT 1960. Dasar ini berjalan sejak kerajaan BN dalam kes-kes pengambilan bagi bangunan di atas rizab kerajaan. Kerajaan Negeri juga menuntut KTMB membayar kos pindah dan elaun sewa rumah sementara selama 2 tahun pada kadar RM300 sebulan kepada semua penduduk yang terlibat yang tinggal di atas tanah rizab KTMB. Hal ini telah dipersejui oleh KTMB dan sedang dalam proses pembayaran.

Dalam kes ini, lebih kurang 100 keluarga telah terlibat dengan membina rumah atas rizab KTMB di Pekan Gurun, Tok Pawang, Pokok Ketapang dan Guar Stesyen. Sementara yang hadir ke pertemuan dengan Ketua-ketua bahagian UMNO hanya sekitar 25 orang sahaja.

Notis mengosongkan bangunan dalam tempoh 30 hari adalah notis biasa yang wajib dikeluarkan mengikut APBT 1960, kepada pemilik bangunan, tetapi saya telah mendapat jaminan pihak KTMB dan pemaju MMG-Gamuda JV bahawa penduduk hanya perlu mengosongkan tanah setelah menerima ex-gratia daripada pihak KTMB atau pemaju.

Mengikut keterangan pihak pengurus projek, En Muzaini dari MMC-Gamuda JV, Kedah adalah negeri terbaik setakat ini berbanding Perlis, P. Pinang, dan Perak dalam memberikan kerjasama dan kemajuan projek, malah lebih baik dan licin berbanding kerajaan sebelum ini. Tiada rasuah, tiada gangguan politik, tiada ugutan, keputusan kerajaan yang konkrit dan meyakinkan untuk rakyat yang terlibat dan yang paling penting, progress projek berlipat kali ganda.

Pihak Dr Leong dan Ketua-ketua UMNO yang memanipulasikan kes ini hanya menangguk di air keruh, mengelirukan rakyat dan cuba mencari popularity murahan. Dakwaan-dakwaan mereka akan memakan diri kerana projek ini adalah projek kerajaan pusat, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Pindaan 2000) diluluskan oleh Parlimen dan Jadual Pertama APBT menetapkan semua pampasan dan kos wajib dibayar oleh pihak yang membuat pengambilan tanah, dalam kes ini pihak KTMB melalui MMC-Gamuda JV. Walaupun dalam kes tanah rizab, APBT memberi pilihan kepada pemaju untuk tidak membayar pampasan, tetapi pihak kerajaan Negeri sebagai pihak berkuasa yang diperuntukan dibawah APBT telah memutuskan pampasan (ex-gratia) wajib dibayar kepada penduduk. Keputusan ini perlu dipatuhi dan mendapat kerjasama penuh dari pemaju. Puak-puak UMNO yang tak mengaji bab pengambilan tanah ni akan termalu dengan tindakan bodoh mereka.

*UMNO ambil kesempatan atas isu Tanah Rizab KTM

Selasa, 3 Mac 2009

Webs: Job Vecancy

Msia: http://www.mudah.my/

http://www.jobmaster.com.my/

http://my.monster.com.my/

http://vancouver.cityten.com/jobs/?gclid=CJGd2M6ViJkCFQLObwodq2S1mg

http://www.mysapexpert.com/

http://www.jobstreet.com/

http://my.jobstreet.com/

http://job-search.jobstreet.com.my/malaysia/job-opening.php?state=TG&job-source=1

http://myjobstreet.jobstreet.com/registration/registration.asp?eb=13001&site=my&gclid=CLCk7K-fiJkCFRc3egodMVcCmA

http://www.allen-york.com/australasia?ref=adwordsenvaus&gclid=CPf0hqCOiJkCFRTuegodw09Fng

http://www.allen-york.com/australasia?ref=adwordsenvaus&gclid=CNOwtI6fiJkCFRQNewodKkIAnQ

http://www.match4jobs.com/register/oil_gas_1.html?gclid=CIWL6IeOiJkCFQMaewodk29qng

http://www.match4jobs.com/register/maritime_general_1.html?segment=maritime_general&gclid=CLKf2ImiiJkCFQkYewod2F_-mA

Singapore: http://www.aicgonline.com/?gclid=CNTnsMaWiJkCFQatbwodggiQlw

Canada: http://www.canadavisa.com/career_zone/canadian-immigration-job-search.htm?site=google&cat=job&kt=gen

Canada: http://www.eluta.ca/search?ef=9

Denmark: http://www.denmark.dk/en/menu/Live-And-Work/live-and-work.htm?gclid=CITmj7-ViJkCFQZLbwodmxQzlg

Multi company: http://vancouver.cityten.com/jobs/p,search-ads.htm

http://www.migrationexpert.com/uk/visa/visa_uk.asp?fid=100036&utm_id=16&utm_term=Uk%20Job&gclid=CJq-k_iiiJkCFQEMewod-AQNmw

http://www.canadajobsly.com/5_Edmonton/?gclid=CPrPt_iUiJkCFQMcewodI2z4kg

http://www.dubaijobsly.com/index.php/?view=main&cityid=20&gclid=CNHc0rWeiJkCFQghegodUCSqnA

http://www.dubaijobsly.com/index.php/?view=main&cityid=20&gclid=CIekuqCoiJkCFRE2bwodVzv2kg

http://www.go4oilgasandenergyjobs.com/?gclid=CJbV5pyhiJkCFQjyegoduyinng

http://www.mihneti.com/?gclid=CMnJk8WhiJkCFQkYewod2F_-mA

http://search.excite.co.uk/top/?q=retail+job&cs=google&cx=partner-pub-1983792909038877:6o9gjk-fcyq&cof=FORID:11&ie=UTF-8&sa=Search#1409

VISA/Passport:

http://www.migrationexpert.com/canada/visa/work_visa_canada.asp?fid=100036&utm_id=74&utm_term=Canada%20Work%20Permit&gclid=CNDD8_GUiJkCFQ4ZewodqiZGlg

Ahad, 1 Mac 2009

Jenayah sosial muda mudi

Akhir - akhir negara gempar dengan budaya songsang yang sangat menjijikkan ini . Biarpun Majlis Fatwa Kebangsaan telah mengeluarkan fatwa mereka mengenai hukum terhadap kedudukan golongan ini , namun pendekatan menyata hukum tidak memberi kesan kepada mereka .

Selain dakwah yang telah giat dilakukan oleh pelbagai pihak seperti badan - badan atau agensi kerajaan yang terlibat ( jabatan agama ) , Ngo - Ngo Islam dan parti - parti politik termasuk PAS , saya merasakan perlunya perlaksanaan undang - undang syariat dikuat kuasakan.

Jenayah sosial dan akhlak ini tidak boleh dibiarkan berlarutan kerana kelak ia akan membinasakan masa depan agama , bangsa dan negara .

Kerajaan UMNO dan Barisan Nasional bertanggungjawab segera melaksanakan syariat sementara keadaan masih boleh diperbaiki dan diperbetulkan .

Tanpa penguatkuasaan syariah , segala usaha dakwah yang selama ini telah digerakkan oleh pelbagai pihak akan menjadi sia - sia . Manakan tidak , jika satu satu pihak mengajak ke arah kebaikan sementara satu pihak lain pula menganjurkan aktiviti maksiat malah menggalakkannya sementara pihak berkuasa pula mendiamkan diri tanpa menggunakan kuasa untuk mencegah .

Ingatlah , berleluasanya budaya kotor lagi hina inilah yang menyebabkan ummat terdahulu , bangsa , tamadun dan generasi mereka dihancurkan oleh Allah swt dengan azaz yang sangat dahsyat .

Selamatkanlah tanahair kita dan bersihnya dari segala maksiat dan mungkar sementara kita benar - benar belum terlambat .

Kepada sahabat seperjuangan , ayuh kita lipatkan gandakan usaha kita untuk memerangi maksiat dan mungkar ini serta perhebatkan usaha dakwah melepasi sempadan masjid surau sehingga kita mampu mendekati golongan songsang ini lantas membimbing mereka ke arah kebaikan .

Saya turut mengharapkan kepada kerajaan Pakatan Rakyat di 5 buah negeri agar memberikan perhatian serius terhadap perkembangan budaya songsang yang semakin marak dan galak mutaakhir ini .

Gunakanlah segala kemudahan dan kuasa serta mandat yang diberi oleh rakyat untuk mengambil langkah - langkah pro aktif dan berkesan guna membimbing mereka ke jalan yang benar .

Jangan kita asyik dengan kuasa politik dan mengabaikan aspek pembinaan aqidah , syaksiyah dan fikrah rakyat agar mereka tidak derhaka kepada Allah swt , kerana kelak rosak binasa negeri dan negara kita dek azab Allah swt yang Maha Dahsyat .

Dewan Pemuda PAS Pusat insyaallah bersedia untuk melaksanakan misi ini jika mana - mana kerajaan Pakatan Rakyat sedia memberikan kemudahan dan dana khas untuk pihak DPP Pusat merancang aktiviti yang berkesan .

Tidak dinafikan bahawa mengupayakan gerakkerja menangani golongan Pengkid dan gay ini memerlukan program yang besar dan ia memerlukan kos . Insyaallah , sekali lagi saya tegaskan bahawa DPP Pusat sedia memberikan tenaga dengan mengembelingkan seluruh kekuatannya dipelbagai peringkat untuk tujuan dakwah dan tarbiyah ini .

Apa yang kita kurang ialah dana dan kemudahan pra sarana . Kiranya Kerajaan Pakatan Rakyat memberikan kepercayaan kepada Dewan Pemuda PAS , insyaallah kami berkeyakinan akan dapat melakukan sesuatu yang lebih berkesan

Selama ini pun Dewan Pemuda PAS sangat konsisten dalam menggerakkan aktiviti dakwah ini dengan segala keupayaan yang ada meskipun terhad . Semoga Allah memberikan kita kekuatan dan petunjuk untuk melaksanakan tugas Islah ini .

sumber: http://www.detikdaily.net

Murtad salah siapa?

Salam ziarah..

Soalan saya mudah.

Adakah remaja atau masyarakat islam yang murtad atau menukar agama ini terpengaruh kepada elemen2 The Herald menguna pakai nama Allah dalam penerbitan mereka?

Sejak bila murtad dan jenayah syari'e berlaku? Dah lama dah. Saya tertarik kepada blog SUKJ yang mengatakan takkan 1-2 kes melibatkan murtad kita mahu heboh? Eh? Kenyataan apa ini?

Umum mengetahui masalah murtad yang utama adalah mengikut teman lelaki atau perempuan,tiada asas agama yang kukuh,desakan hidup dan berbagai mehnah lagi. Mereka sanggup menukar agama kerana undang-undang LORD REID di malaysia tanah airku ini tidak menjaga agama. kalaupun wujud undang-undang syar'ie,ianya hanya merangkumi tentang masalah nikah,cerai,khalwat dan persetubuhan haram @ zina. Dan dendanya kepada pelaku hanyalah mudah di bayar oleh pelaku jinayah. Saya bagi gelaran 365 bagi 3 tahun penjara,6 kali sebatan dan RM 5000 denda. Kenapa ini berlaku??

Anda mahu ianya tidak berlaku lagi? Apa kata kita sokong perlaksanaan Hukum HUDUD yang mahu di laksanakan PAS? Kalau UMNO nak laksanakan..lagilah saya sokong. Tapi jangan sekadar cakap...sebab semua yg Allah larang itulah yg dia suka