Rabu, 15 Julai 2009

Politik Wang MU - Husam

TUESDAY, JULY 14, 2009

PAS hampir tewas kerana politik wang, Timbalan Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Husam Musa mendakwa, kemenangan tipis calon PAS dalam pilihanraya kecil DUN Manek Urai adalah berpunca daripada politik wang.

Katanya, PAS telah membuat laporan kepada Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) berhubung perkara tersebut dan berharap tindakan selanjut diambil.

Dalam pilihanraya kecil hari ini, calon PAS Mohd Fauzi Abdullah, menang dengan majoriti tipis 65 undi.

Beliau mendapat 5,348 undi manakala calon BN Tuan Aziz Tuan Mat mendapat 5,283 undi.

Menurut Husam lagi, PAS juga kalah di pusat pengundian Manek Urai Baru dan Manek Urai Lama.

Oleh itu, katanya, BN harus membina jambatan baru yang dijanjikannya kerana ia menang di situ.

Husam juga menafikan kemenangan tipis PAS itu mencerminkan pengaruh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Aziz Nik Mat semakin merosot.

Sebaliknya, kata beliau, pengaruh menteri besar Kelantan itu semakin meningkat

"Kita kalah kerana politik wang," katanya.

Manakala Mohd Fauzi yang lebih dikenali sebagai Abe Uji berkata, beliau menghormati keputusan pilihanraya kecil hari ini.

Beliau berharap dapat berkhidmat kepada para pengundi sebaik mungkin walaupun menang tipis. Semoga org KESEDAR telah pun sedar.

Ahad, 5 Julai 2009

Perluaskan kuasa Agong

TERIMA kasih kepada Duli-Duli Raja-Raja Melayu kerana mengambil inisitiaf dan tanggungjawab sehingga membolehkan cadangan pindaan undang-undang berkaitan agama dan pindaan kepada Undang-Undang Keluarga Islam (Wailayah-Wilayah Persekutuan) ditanguhkan.

Sekiranya Duli-Duli Raja-Raja Melayu tidak mengambil inisiatif itu sudah pasti pindaan undang-undang itu akan dilakukan. Pindaan undang-undang itu dicadang untuk dibentang pada parlimen yang sedang berlangsung kini.

Penangguhan itu bagi membolehkan pihak kerajaan meminta pandangan kerajaan-kerajaan negeri terlebih dahulu berhubung cadangan meminda beberapa akta itu. Langkah yang diambil oleh Duli-Duli Raja-Raja Melayu itu memang bijak dan tepat pada masanya. Seharusnya kerajaan sebelum meminda apa juga akta bersabit dengan Islam dan kepentingan Melayu perlu mendapat pandangan menyeluruh dan mendalam dari kerajaan-kerajaan negeri.

Ia juga perlu diminta pandangan dari pakar-pakar perundangan Islam. Pada 22 April lalu Kabinet telah memberi tahu anak-anak kekal dalam agama asal semasa ibubapanya berkahwin walaupun ibubapanya telah menukar ke agama baru. Selain itu jemaah menteri juga bersetuju mana-mana individu yang ingin menukar agama mestilah menyelesaikan masalah-masalah peribadi terlebih dahulu.

Pemakluman kabinet itu menimbulkan kekesalan dan keresahan kalangan umat Islam negara ini. Sekiranya apa yang disebut kabinet itu dimasukkan sebahagian pindaan ia boleh menjejaskan kesucian agama Islam di negara ini. Cadangan sedemikian juga secara tidak langsung meletakkan Islam itu setaraf dengan agama-agama lain. Tindakan ini sudah tentu bertentangan dengan perlembagaan negara yang mencatatkan Islam sebagai agama rasmi negara ini.

Sudah tentu sekiranya Duli-Duli Raja Melayu tidak mengadakan persidangan khas membincangkan perkara itu cadangan berkenaan akan diteruskan. Melihat kepada fungsi dan tanggungjawab ini jelas institusi Raja-Raja memberi manfaat dan membela kedudukan dan memelihara Islam di negara ini.

Bayangkan sekiranya tidak ada Majlis Raja-Raja, sudah pasti umat Islam negara ini akan tergadai dan tercemar di sebalik pindaan itu. Institusi Raja-Raja ternyata menjadi sandaran terakhir kepada umat Islam negara ini bagi membela kepentingan agama mereka.

Memandangkan institusi Raja masih berperanan dan dihormati maka adalah elok kalau Duli-Duli Raja Melayu diberi peranan dan diluaskan lagi kuasa dan fungsi mereka terutamanya dalam soal berhubung kepentingan Melayu. Sekiranya perlembagaan perlu dipinda untuk memberi ruang ini kepada Raja-Raja Melayu ia boleh dipertimbangkan.

Misalnya perbahasan mengenai isu-isu berhubung Melayu yang berkecamukan hari ini barang kali juga perlu sentuhan Raja-Raja Melayu. Misalnya isu biasiswa untuk orang Melayu, kehilangan tanah rezab Melayu dan sebagainya sangat memerlukan perhatian Raja-Raja. Walaupun berbagai pihak dan NGO cuba mempertahankan hal ini namun ia umpama cuba menimba lautan saja dan mudah disinis sebagai tindakan politik perkauman.

Rasanya tidak menjadi kesalahan kalau Raja-Raja bersidang membincangkan perkara ini kerana ia adalah berhubung langsung dengan kepentingan Melayu sejajar dengan institusi Raja-Raja itu sendiri telah menjadi lambang keutuhan Melayu di negara ini sejak lebih 500 tahun lalu. Keperluan ini juga menjadi sedikit terdesak apabila parti-parti politik yang didominasi Melayu juga seakan melupai kepentingan Melayu kerana ingin menjadi juara di kalangan bukan Melayu.

Kita percaya kalau Raja-Raja Melayu memainkan peranan tidak ada siapa yang boleh mempertikaikan atas tindakan dan keputusan Raja-Raja Melayu itu.

Semoga Suruhanjaya Pilehan Raya & SPRM/BPR dibawah naugan Yang DiPertuan Agong. Pasti Rakyat selamat mulai sekarang.