Jumaat, 20 Februari 2009

Aurat satu huraian

"Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya," kata Nik Aziz. Istilah ini memerlukan huraian bukan terima saja. Maknanya diluar rumah berpurdah bg wanita, dalam rumah bolehlah buka purdah sebab dia sendirian, walau pun ada malaikat dia tak bernafsu sebab dia bukan lelaki atau wanita. Tidak spt namanya Dewata atau jin atau iblis & seangkatan dgn nya ...pelesit etc. Aurat prm adalah tapak tangan & tapak kaki. Bagi lelaki Pusat & lutut.

Siapa yang tidak kenal Nik Aziz. Seorang Ulama yang mengegarkan malaysia dengan ucapan-ucapan penuh kontroversi. Kontroversi itu hanyalah pada yang tak memahami tapi tidak kepada yang faham.
Saya ikhlas katakan yang saya tidaklah faham hukum-hukum tertentu dalam agama kita. Umum mengetahui Nik Aziz pernah berucap dengan mengatakan Allah itu pun mencarut.Mencarut?? Benarkah nik aziz kata begitu?
Ya saya akui,beliau ada berkata begitu. Bahkan saya mendengarnya sendiri dari TV1 dan TV3 ketika itu.Tapi,benarkah Allah mencarut? Baiklah...saya huraikan bukan kerana Nik aziz,tetapi dengan niat untuk ilmu kepada semua yang setia membaca ,memaki,menghamun di blog siasah ini.

Apa yang tuan tuan di sini faham tentang mencarut? Mencarut,memaki,menghamun sebenarnya adalah sama. Cuma penggunaan frasa yang berlainan. Di kelantan amnya tidak menggunakan frasa ini tetapi menggantikannya dengan frasa "menyapo". Maknanya, "menyapo" ini juga sama maksud dengan frasa yang sebutkan di atas. Tidak lari dari asasnya. Saya petik ayat quran mengenainya..

Bismillah..Sekadar mengingatkan ucapan nik aziz tentang Allah Mencarut.

‘Dan mereka bertanya kepadamu mengenai haid, katakanlah ia memudaratkan dan jauhilah wanita (dari bersetubuh) pada masa haid. Jangan dekati mereka (untuk bersetubuh) sehinggalah mereka suci. Setelah mereka suci datangilah mereka menurut jalan yang diperintahkan Allah kepada kamu, sesungguhnya Allah mengasihi orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang yang suci. Isteri kamu adalah ladang bagi kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu suka dan sediakanlah (amal baik) untuk diri kamu dan betakwalah kepada Allah dan ketahuilah sesungguhnya kamu akan menemuiNya kelak dan gembirakanlah orang-orang yang beriman’‌. al baqaroh-222.

"Isteri kamu adalah ladang bagi kamu. Datangilah ladang kamu sebagaimana yang kamu suka"

Kepada yang berkenaan,apakah maksud isteri kamu umpama "ladang" bagi kamu. "Datangilah" "ladang" kamu seperti mana yang kamu suka.
Senang faham,maksudnya "cangkul lah" "ladang" itu kerana ianya halal bagi suami isteri. Mencarut tak bunyinya? Faham ke ni?

Apa beza BABI dengan KHINZIR? Binatang makhluk Allah ini sering disebut dalam perbalahan kita semua. Adakah dengan menyebut KHINZIR maka terkurang hukum haramnya? Ianya hanya frasa dan tidak mengurangkan maksudnya. Cuma bahsanya agak sopan. Tutup hal babi ini.

Berlaku pula kematian. Encik Zali pergi menziarahi jenazah. Di tengah jalan,pak anjar menegur "nak kemana cik zali?" jawab zali "nak tengok mayat". Musti pak anjar rasa gerun. Kita cuba tukar frasa. Pak Anjar menegur encik zali "nak ke mana cik zali?" jawab zali "nak tengok mayyit". Hah!!? Apa bendanya mayyit ni? Ketahuilah bahawa "mayat" dan "mayyit" itu sama maksudnya. Hanya berlainan frasa sahaja.

Apa bezanya "air panas mati" dengan "air panas meninggal dunia"?? waduhh..Tutup hal ini.

Bab Kemaluan.

Kemaluan perempuan di sebut FARJ. Bahasa Melayu panggil apa? aduh..malu saya nak sebut. nak sebut ke? Tak mengapa,demi penjernihan ilmu Allah. PUK* atau PANTA* adalah bersamaan maksudnya. Tidak berkurangan akan ia. Cumanya FARJ @ FARAJ itu berbahasa arab,jadi kita kurang malu,tapi kalau sebut dalam bahasa melayu...bertumbuk pun kita mahu. BENAR KAN? Kesimpulannya,dapatkah kita menidakkan adanya ayat-ayat berunsur mencarut,makian di dalam Al-Quran yang suci ini.? Banyak lagi yang nak di sebut,tapi saya tak mampu..

Kepada sahabatku didalam islam seperti zali,dewata,cherry,bn@umno,add, dan lain-lain yang tak dapat sebutkan namanya,saya menyeru agar nama TUAN GURU NIK ABDUL AZIZ NIK MAT tidak di sebut lagi dalam perbincangan kita khusus kalau ianya mengenai hukum agama. Bukan kurang doanya untuk penyatuan ummatan malayuwiyyah Islamiyyah di setiap solatnya. Sekali lagi saya ulang,saya tidak mewakili TG NIK Aziz dalam penerangan ini. Ianya saya ambil terus berdasarkan al-quran dan hadis dan ianya adalah tanggungjawab saya sendiri.

Saya tambah lagi sedikit ttg aurat jika berseorangan:

Aurat Seorang Diri

1. Wajib bagi wanita menutup antara pusat dan lutut. (Fathul Muin)

2. Dibolehkan membuka seluruhnya jika ada keperluan kecil seperti pendinginan badan, menjaga pakaian dari kotoran dan debu di waktu menyapu rumah dan mandi. Termasuk sewaktu membuang air dan juga menukar pakaian. (Fathul Muin & Umdatus Salik)

3. Makruh melihat kemaluan sendiri tanpa ada keperluan.

Aurat ini hanya tertakluk pada orang islam sahaja. jadi kalau bukan islam,secara automatik dia terkeluar dari hukum aurat islam ini pada dirinya. Senang kata,bukan islam,lantak kaulah!!

("Membiarkan isteri tidak menutup aurat dan membiarkan lelaki bukan muhrim melihat aurat isteri,itulah dayyus yang sebenarnya dayyus tidak akan masuk syurga dan apabila si isteri keluar dari rumah berwangian-wangian dan tidak menutup aurat maka sekelian malaikat di langit memaki suami sehinggalah si isteri kembali masuk ke rumahnya semula." )

Takkan masuk syurga suami yang dayyus @ duyyus. Dayyus dalam erti faham melayu kita,jika isteri minta cerai kita tak lepaskan atau suami takut isteri tetapi maksud nya yang sangat bertepatan dalam islam ialah seperti apa yang saya katakan di dalam kurungan.

Aurat perempuan islam yang akil baligh daripada mana hingga mana dari segi pandangan lelaki bukan muhrim? muka dan tapak tangan sahaja boleh nampak, ada pendapat mengatakan muka juga adalah aurat bagi wanita. Oleh sebab mereka memegang pendapat wajah adalah aurat,maka segelintir perempuan beriman memakai purdah @ niqob. Adapun aurat bagi seorang perempuan islam kepada adik beradiknya termasuk lelaki dan perempuan adalah boleh menampakkan rambut dan kaki. ( betis dah masuk syubahat).

Perihal kemaluan..
Kemaluan lelaki dan perempuan adalah dilarang sama sekali di tunjukkan. Bahkan ketika berjima' sekalipun Rosul s.a.w melarang kita melihat kemaluan suami isteri masing2.

itulah dia sepintas lalu dari saya yang kurang pengetahuan agama. Ketahuilah dewata,anda tidak jahil tetapi anda lebih suka menguji.

Tuang Guru Nik Aziz tidak mengatakan pun BERBOGEL dalam rumah itu boleh. Saya mengambil klausa-klausa ayat yang saudara dewata katakan,dari kenyataan Nik Aziz iaitu "Dalam Islam, kita bebas untuk berbuat apa sahaja ketika kita bersendirian dalam rumah kita. Kita boleh buka aurat kita atau menutupnya,"

Saya rasa saudara dewata boleh memahami antara berbogel dan aurat yang di bolehkan di buka didalam rumah kita sendiri khususnya untuk isteri kita kepada suami,adik-adik kita sendiri. Cuba fikir kembali. Takkan adik kita nak memakai tudung 24 jam didepan abgnya? Aurat dan kemaluan dua perkara yang amat berbeza. Harap maklum..

1 ulasan:

OTAI (Otak Tenang Akal Inovatif) berkata...

kalau kerajaan dulu makan tahi... pas ikut ke? pas ni parti syorga tak kan lah perangai syaitan jugak.

beri tanah tak salah undang2. tapi salah moral kerana khianati agenda atau pillar melayu islam... itu kan tanah melayu asalnya.

macam hamas dan fatah bermusuh yang tak bersatu perangi israel... macam bantu israel pulak. begitulah pas tak bersatu dengan umno...tapi sokong karper harbi.

pas.. jadilah maksom jangan jadi mek som!