Selasa, 17 Mac 2009

UMNO isu KTM

Penjelasan Mengenai Isu Rizab KTM

PENJELASAN SAYA DALAM KES RIZAB KERETAPI

oleh Muhammad Sanusi Md Nor
Setiausaha Politik MB Kedah

sebahagian penduduk menunjukkan notis pindah bersama Dr. Leong (empat dari kanan)
dan Tajuddin (tiga dari kanan) di Taman Sri Jerai, Gurun semalam.

Kalau di amati dalam gambar ni ada Ketua UMNO Bhg Sik, Tajuddin Abdullah, Ketua UMNO Jerai, , Ketua UMNO Merbok Tajul urus dan ADUN Gurun, Dr Leong . Dalam pertemuan yang dibuat di Dewan UMNO Pekan Gurun, penduduk terlibat di panggil oleh Dr Leong untuk satu taklimat, yang mendakwa akan turut dihadiri oleh Dato’ Seri MB (Satu penipuan untuk menarik penduduk keluar). Saya dimaklumkan oleh wakil yang kami hantar meninjau pertemuan itu, tidak ada taklimat tentang projek landasan berkembar. Para pemimpin UMNO ini hanya menyerang dan memfitnah kerajaan negeri dalam projek –prjek lain. Antaranya Dato Tajul Urus Ketua UMNO Merbok mendakwa dalam pemerintahan PR, PAS telah meletakkan syarat menjadi ahli PAS untuk mendapat rumah PPRT di Bedong, sedangkan PPRT dibawah kendalian KEDA dan Kerajaan Pusat. Kerajaan Negeri tiada akses sama sekali dalam hal PPRT.

Dr Leong pula mendakwa kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dalam isu perpindahan penduduk dari tanah rezab KTMB, padahal, projek landasan berkembar adalah projek kerajaan pusat. KTMB adalah milik kerajaan persekutuan. Pihak berkuasa negeri hanya terlibat menguruskan Pengambilan Balik Tanah selaras dengan kehendak Akta Pengambilan Balik Tanah 1960, yang berkaitan dengan tanah-tanah bermilik.

Dalam isu penduduk yang terlibat dengan projek landaan berkembar, kerajaan melalui mesyuarat EXCO 2 minggu lepas telah memutuskan bahawa KTMB mesti membayar 30% daripada nilai bangunan mengikut nilaian semasa bangunan milik penduduk sebagai Ex-gratia (saguhati) yang dibenarkan oleh APBT 1960. Dasar ini berjalan sejak kerajaan BN dalam kes-kes pengambilan bagi bangunan di atas rizab kerajaan. Kerajaan Negeri juga menuntut KTMB membayar kos pindah dan elaun sewa rumah sementara selama 2 tahun pada kadar RM300 sebulan kepada semua penduduk yang terlibat yang tinggal di atas tanah rizab KTMB. Hal ini telah dipersejui oleh KTMB dan sedang dalam proses pembayaran.

Dalam kes ini, lebih kurang 100 keluarga telah terlibat dengan membina rumah atas rizab KTMB di Pekan Gurun, Tok Pawang, Pokok Ketapang dan Guar Stesyen. Sementara yang hadir ke pertemuan dengan Ketua-ketua bahagian UMNO hanya sekitar 25 orang sahaja.

Notis mengosongkan bangunan dalam tempoh 30 hari adalah notis biasa yang wajib dikeluarkan mengikut APBT 1960, kepada pemilik bangunan, tetapi saya telah mendapat jaminan pihak KTMB dan pemaju MMG-Gamuda JV bahawa penduduk hanya perlu mengosongkan tanah setelah menerima ex-gratia daripada pihak KTMB atau pemaju.

Mengikut keterangan pihak pengurus projek, En Muzaini dari MMC-Gamuda JV, Kedah adalah negeri terbaik setakat ini berbanding Perlis, P. Pinang, dan Perak dalam memberikan kerjasama dan kemajuan projek, malah lebih baik dan licin berbanding kerajaan sebelum ini. Tiada rasuah, tiada gangguan politik, tiada ugutan, keputusan kerajaan yang konkrit dan meyakinkan untuk rakyat yang terlibat dan yang paling penting, progress projek berlipat kali ganda.

Pihak Dr Leong dan Ketua-ketua UMNO yang memanipulasikan kes ini hanya menangguk di air keruh, mengelirukan rakyat dan cuba mencari popularity murahan. Dakwaan-dakwaan mereka akan memakan diri kerana projek ini adalah projek kerajaan pusat, Akta Pengambilan Balik Tanah 1960 (Pindaan 2000) diluluskan oleh Parlimen dan Jadual Pertama APBT menetapkan semua pampasan dan kos wajib dibayar oleh pihak yang membuat pengambilan tanah, dalam kes ini pihak KTMB melalui MMC-Gamuda JV. Walaupun dalam kes tanah rizab, APBT memberi pilihan kepada pemaju untuk tidak membayar pampasan, tetapi pihak kerajaan Negeri sebagai pihak berkuasa yang diperuntukan dibawah APBT telah memutuskan pampasan (ex-gratia) wajib dibayar kepada penduduk. Keputusan ini perlu dipatuhi dan mendapat kerjasama penuh dari pemaju. Puak-puak UMNO yang tak mengaji bab pengambilan tanah ni akan termalu dengan tindakan bodoh mereka.

*UMNO ambil kesempatan atas isu Tanah Rizab KTM

Tiada ulasan: