Jumaat, 19 Jun 2009

Tolak Kerajaan Perpaduan

Kerajaan Perpaduan: Hanya penjelasan kaedah terbaik
Dr Rosli Yaakop | drrbya@gmail.com
Fri | Jun 19, 09 | 10:00:40 am MYT
Jemaah PAS wajar mengakui bahawa wujud sedikit keributan dalam parti berpunca dari hadirnya dua aliran pemikiran strategik (isu ranting, bukan isu pokok), iaitu, sama ada PAS harus kekal dalam Pakatan Rakyat (PR) dan terus memperkasakan gabungan itu (Pro-Pakatan) atau menyertai parti yang memerintah melalui konsep "kerajaan perpaduan" (Pro-Kerajaan Perpaduan). Iklan

Pengenengahan idea kerajaan perpaduan dipelopori oleh Dato' Seri Presiden dan idea Pro-Pakatan oleh Tuan Guru Dato' Mursiydul Am. Masing-masing idea ada pengikutnya.

Malangnya, perbedaan pemikiran strategik ini telah membawa kepada persepsi bahawa wujud satu bentuk ketidaksefahaman di dalam parti lalu melahirkan dua golongan yang berlaga, iaitu, puak Pro-Pakatan di satu pihak dan Pro-Keraajan Perpaduan di pihak yang lain.

Maka, di dalam pertandingan pemilihan pimpinan kali ini wujud persepsi bahawa calon Pro-Pakatan berlaga dengan calon Pro-Kerajaan Perpaduan.

Memang Dato' Seri Presiden telah menarik balik idea Pro-Kerajaan Perpaduan itu tetapi pemilihan pimpinan parti di pelbagai peringkat, serba sedikit, dipengaruhi dan dicorak oleh pertentangan di antara dua aliran pemikiran strategik ini.

Dilaporkan ada kawasan yang telah mencalonkan Tuan Guru Dato' Mursyidul Am bertanding jawatan Presiden gara-gara dari gejala pertembungan aliran pemikiran strategik ini.

Penulis hanya mahu melafazkan: "Janganlah ada pihak yang sanggup melaga-lagakan pemimpin parti atas isu yang bukan asasi. Itu bermain ke galeri musuh namanya."

Penulis merasa terpanggil untuk menulis mengenai kerajaan perpaduan dengan bahan-bahan rujukan dipungut dari internet dan beberapa sumber lain dengan harapan bila perwakilan faham serba sedikit mengenai konsep kerajaan perpaduan ini, maka pemilihan akan berjalan secara rasional.

Mesti diakui dari mula, penulis bukanlah pakar dalam isu ini tetepi sekadar tahu serba sedikit kerana penulis pernah membuat kajian tentang konsep "proportional representation" (perwakilan berkadar) yang menjadi tonggak kepada konsep kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan atau dalam bahasa Inggerisnya "unity government" atau "national unity government" atau "national union government" atau "national government" bermakna sebuah kerajaan camporan yang meluas disertai oleh parti-parti politik utama atau semua parti politik yang mempunyai wakil dalam dewan parlimen (atau apa jua nama dewan yang sama dipanggil) biasanya dibentuk bilamana sesebuah negara menghadapi satu-satu keadaan kecemasan (atau dharurat) atau di dalam zaman perang.

Semasa Perang Dunia Pertama, kerajaan perpaduan dibentuk di Kanada. Kerajaan Konservatif pimpinan Sir Robert Borden telah mengajak Parti Liberal (parti pembangkang) pimpinan Sir Wilfrid Laurier untuk menyertai kerajaan tetapi ditolak.

Walau bagamanapun, Borden berjaya memujuk ramai pemimpin Parti Liberal secara individu menyertai kerajaan "Union Government" yang beliau bentuk. Dalam pilihan raya umum yang diadakan dalam musim luruh tahun 1917, Parti Liberal (yang enggan menyertai kerajaan perpaduan) telah kalah.

Dalam Perang Dunia Kedua, Parti Konservatif (parti pembangkakng ketika itu) berkempen di atas tiket "Unity Government" bagi membuka jalan ke arah pembentukan kerajaan camporan nasional tetapi dalam pilihan raya umum itu (1940), Parti Liberal menang majoriti dan membentuk kerajaan satu parti.

Di Luxumbourg, kerajaan perpaduan pernah wujud sebanyak dua kali. Pertama, semasa Perang Dunia Pertama (1916) bilamana semua parti-parti utama yang mempunyai wakil di dalam "Chamber of Deputies" menyertai kerajaan di bawah pimpinan Victor Thorn. Kerajaan Perpaduan itu kekal hanya selama 16 bulan.

Kedua, dalam tahun 1945, sekali lagi terbentuk kerajaan perpaduan di Luxembourg di mana kesemua empat buah parti yang mempunyai wakil di parlimen menyertai kerajaan di bawah pimpinan Perdana Menteri Pierre Dupong. Ia kekal sampai tahun 1947 sahaja.

United Kingdom juga berpengalaman dalam hal kerajaan perpaduan ini. Ia pernah wujud semasa Perang Dunia Pertama dan kerajaan perpaduan itu kekal sampai ke tahun1922. Di zaman kemelesetan besar, parti-parti Buruh, konservatif dan Liberal membentuk "National Government" dalam tahun 1931 tetapi ahli-ahli parti Buruh yang menentang penyertaan parti mereka dalam kerjaaan perpaduan itu telah meninggalkan parti lalu menjadi ahli pembangkang di dalam parlimen.

Di Amerika Syarikat kerajaan perpaduan hanya memngambil bentuk "rallied around the President" di saat negara menghadapi keadaan genting, misalnya semasa Pearl Habour diserang, pembunuhan Presiden Kennedy dan yang terkini ketika menghadapi peristiwa 9/11. Tidak pernah dua atau lebih parti yang ada perwakilan di Dewan Perwakilan bergabung membentu secara formal kerajaan perpaduan.

Di zaman kita ini, contoh terbaik kerajaan perpaduan ialah di Afrika Selatan di mana pernah wujud apa yang dipanggil sebagai "Government of National Unity (GNU)." Ketika kerajaan Afrika Selatan ditadbir di bawah Perlembangaan Sementara (April 1994 ? Februari 1997), mana-mana parti politik yang mempunyai 20 atau lebih kerusi di National Assembly boleh menyertai kerjaan dan menuntut satu atau lebih portfolio lembaga menteri.

Dalam pilihan raya umum pada 27 April 1997, parti African National Congress memenangi kerusi majoriti di National Assembly dan boleh membentuk kerajaan satu parti tetapi Presiden Nelson Mandella, atas semangat kerjaan perpaduan, terus mengajak dua parti utama yang memenangi 20 kerusi atau lebih (National Party dan Inkhata Freedom Party) dan juga parti-parti kecil (yang memenangi kurang 20 kerusi) menyertai kerajaan dan pemimpin parti berkenaan mendapat jawatan dalam kabinet.

Contoh terbaik kerajaan perpaduan yang wujud pada masa ini ialah Kerajaan Parpaduan Nasional Iraq (National Unity Government of Iraq) yang ditubuhkan dalam tahun 2006. Kerajaan berkenaan disertai oleh semua parti yang menang di dalam pilihan raya umum dan membuat perishtiharan memberi komitmen kepada 34 prinsip yang menunjangi kerajaaan perpaduan itu.

Ruang tidak membenarkan kesemua prinsip ini disenaraikan di sini, cukup sekadar disebut di sini bahawa semua pihak yang bergabung membuat komitmen untuk melindungi kedaulatan negara Iraq, mengisi kemerdekaan dan memperkasakan perpaduan dan untuk menentukan bahawa kehadiran tentera asing di Iraq akan berakhir dan pasukan keselamatan Iraq mengambilalih tanggungjawab menjaga keselamatan negara dan sama-sama memerangi keganasan.

Dengar khabarnya, perwakilan parti telah pun mengadakan perundingan sulit dengan pihak Umno mengenai ura-ura penubuhan kerajaan perpaduan. Disebabkan lebih banyak isu yang tidak dipersejui berbanding isu yang dipersetujui bersama, maka idea kerajaan perpaduan mati separuh jalan.

Atas alasan ini dan juga atas alasan bahawa ahli jemaah belum memahami erti kerajaan perpaduan, maka Dato Seri Presiden telah menarik balik idea itu dan mengajak ahli-ahli parti melupakannya.

Amaran Tuan Guru Dato' Mursyidul Am supaya jangan membiarkan diri kita dipatuk (oleh Umno) di lubang yang sama dua kali dan pentingnya kita bersetia janji dengan rakan di dalam PR juga membunuh idea kerajaan perpaduan itu.

Kerajaan perpaduan melibatkan semua parti atau semua parti utama seperti yang wujud Di Afrika Selatan dan di Iraq. Kalau hanya beberapa parti menyertai, ialah lebih merupakan kerajaan camporan.

Di Malaysia, kerajaan perpaduan yang terbantut itu lebih merupakan kerajaan campuran di antara Umno-BN dan PAS. Lagipun, kerajaan perpaduan wujud di atas sebab yang mendesak seperti untuk menghadapi perperangan atau berdepan dengan kehadiran tentara asing dan keganasan dalam negeri seperti mana yang berlaku di Iraq hari ini.

Tidak ada isu yang cukup mendesak di Malaysia yang boleh memaksa semua parti politik bersatu di bawah sepanduk kerajaan perpaduan. Tidak ada alasan mendesak bagi PAS untuk menghulurkan pelampung keselamatan kepada Umno yang sedang lemas dengan mengkesampingkan rakan-rakan yang yang telah sama-sama menjana kemenangan dalam PR pada PRU12 yang lalu dan penyokong-penyokong bukan Islam yang menyokong PAS.

Walau bagaimanapun, ketelusan menuntut agar Dato' Seri Presiden mendedahkan perkara yang dipersetujui dan perkara yang tidak dipersetujui, termasuk bilangan jawatan menteri dan timbalan menteri yang ditawarkan kepada PAS, kepada ahli jemaah bagi menjernihkan segala kekeruhan dan meleraikan kekeliruan yang timbul gara-gara dari idea berkenaan. Forum terbaik untuk menjelaskan perkara ini ialah di Muktamar PAS. - mks.

Dhaka, Bangladesh.

(Penulis adalah bekas Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan dan ahli ekonomi) _

1 ulasan:

Naruto Sensei berkata...

Salam..

Sayang BN kat Babi tak dapat dibayangkan..Isu yang menguntungkan depa..sila ke

http://bagindareformasi.blogspot.com/2009/07/bn-memang-sayang-pada-babi.html


Naruto alu2kan